Penutup Penuh Gah Kejohanan Sukan ILKBS 2026

    Penutup Penuh Gah Kejohanan Sukan ILKBS 2026

    Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-38 Tahun 2026 akhirnya melabuhkan tirainya dalam suasana penuh semangat, sorakan dan kebanggaan warga ILKBS seluruh negara.

    Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan

    Kontinjen IKBN Pekan turut mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul TEMPAT KETIGA bagi acara Bola Sepak selepas mempamerkan aksi bertenaga, disiplin tinggi dan semangat juang yang luar biasa sepanjang kejohanan berlangsung.

    Kejohanan ini bukan sekadar medan persaingan sukan, malah menjadi platform menyatukan warga ILKBS dari seluruh negara dalam semangat persahabatan, perpaduan dan gaya hidup sihat. Setiap peluh, sorakan dan perjuangan di gelanggang menjadi kenangan manis buat semua atlet dan pegawai kontinjen.

    Tahniah kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai serta penyokong kontinjen IKBN Pekan atas komitmen dan semangat yang dipamerkan.

    Jumpa lagi di Kejohanan Sukan ILKBS Kali Ke-39 Tahun 2027 di IKBN Wakaf Tapai!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.