- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 17
Soroton Terkini Kontinjen IKBN Pekan Di Kejohanan Sukan ILKBS 2026
Kontinjen Institut Kemahiran Belia Negara Pekan terus menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam Kejohanan Sukan ILKBS 2026.
Pagi ini telah berlangsung perlawanan suku akhir acara bola baling yang menemukan pasukan IKBN Pekan menentang IKTBN Chembong dengan keputusan:
IKBN Pekan 7 - 14 IKTBN Chembong
Dalam perkembangan terkini, pasukan bola sepak IKBN Pekan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan IKTBN Chembong dengan keputusan 2 - 0, kekal tanpa bolos dalam aksi suku akhir yang berlangsung penuh sengit dan bersemangat.
Sementara itu, perlawanan suku akhir sepak takraw yang menemukan IKBN Pekan menentang IKBN Wakaf Tapai masih sedang berlangsung.
Seluruh warga IKBN Pekan mendoakan kejayaan dan terus memberikan sokongan penuh kepada para atlet yang berjuang mengharumkan nama institusi dalam kejohanan ini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
