Penyertaan Pelajar IKBN Pekan Bagi Kejohanan RAGBI TENGKUJUH SEVENS

    Penyertaan Pelajar IKBN Pekan Bagi Kejohanan RAGBI TENGKUJUH SEVENS

    Saudari Nur Ainaa Syafiqah Nadiah binti Mohd Nazri yang sedang mengikuti kursus Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip) Semester 1 di IKBN Pekan, telah terpilih mewakili Pasukan Aurora Cess Rugby Club di Kejohanan Ragbi Tengkujuh Sevens 2025 yang berlangsung pada 06 Disember 2025 bertempat di Padang Arena Mahkota Pekan, Pahang.

    Pasukan yang disertai beliau, iaitu Aurora Cess Rugby Club telah mendapat tempat kedua bagi Kategori Wanita Jemputan.

    Program telah dikelolakan oleh Kesatuan Ragbi Negeri Pahang (KRNP) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan serta Majlis Perbandaran Pekan (MPP). Kejohanan tersebut telah disertai sebanyak 12 pasukan bagi Kategori Terbuka Lelaki, 4 pasukan bagi Kategori Wanita Jemputan dan 3 pasukan bagi Kategori Veteren 11s 40 Tahun Ke Atas.

    Kejayaan meraih tempat kedua ini bukan sahaja mengharumkan nama Pasukan Aurora Cess Rugby Club, malah menjadi inspirasi kepada pelajar IKBN Pekan yang lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi.

    Ucapan penghargaan dan tahniah di atas usaha gigih saudari Nur Ainaa Syafiqah yang telah memberikan prestasi yang baik. Diharapkan kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk beliau terus melakar lebih banyak pencapaian cemerlang pada masa akan datang.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.