- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 15
Perhimpunan Bulanan Bulan April Tahun 2026 Peringkat IKBN Pekan
Perhimpunan bulanan bagi bulan April 2026 peringkat IKBN Pekan anjuran Bahagian Pentadbiran dan Kewangan telah dilaksanakan dengan jayanya.
Majlis diserikan dengan ketibaan Pengarah IKBN Pekan, Ts. Mohd Anuar bin Said, diiringi oleh TPPL Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam, TPHEP En. Mohd Safik bin Saprawi bersama Penolong Pegawai Tadbir Pn. Norsazila bin Shahari dan Penolong Akauntan En. Husri Azrul bin Hussein.
Antara pengisian perhimpunan ;
- Laporan Kekuatan Pelajar & Bacaan Ikrar Pelajar
- Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Negeri Pahang”
- Bacaan Doa
- Ucapan aluan dari Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan sebagai wakil penganjur
- Ucap utama oleh Tuan Pengarah IKBN Pekan
-Penyampaian Hadiah bagi pemenang Mobile Lagend tertutup anjuran bahagian Pemasangan Paip Gas
Penutup Perhimpunan Bulanan diakhiri dengan Sesi persembahan pidato pelajar bertajuk "Syawal Bukan Sekadar Perayaan, Tapi Penyatuan" yang disampaikan oleh Nur Aina Syafiqah Nadiah binti Mohd Nazri dari Bahagian Pemasangan Paip Gas Semester 2.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
