- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 14
Jemputan Pelajar Bagi Khidmat Sukarelawan Gotong-Royong Di SK Paloh Hinai
Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai telah menjemput IKBN Pekan untuk menyertai Program Khidmat Sukarelawan Gotong-Royong yang telah diadakan di SK Paloh Hinai Pekan. Program ini telah disertai oleh seramai 35 orang pelajar IKBN Pekan.
Program ini bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan, kerjasama serta tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan IKBN Pekan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembersihan kawasan sekolah dan menceriakan persekitaran sekolah.
Pihak IKBN Pekan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SK Paloh Hinai atas jemputan yang diberikan serta kepada semua pelajar yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
