Perhimpunan Bulanan IKBN Pekan bagi Sesi 1/2026

    Perhimpunan Bulanan IKBN Pekan bagi Sesi 1/2026

    Perhimpunan Bulanan IKBN Pekan bagi Sesi 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama dan dianjurkan oleh Jabatan Mekanikal. Majlis ini telah dihadiri oleh pihak pengurusan, para pengajar serta pelajar pelbagai program.

    Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan bacaan al-quran sebelum diteruskan dengan ucapan amanat oleh Tuan Pengarah. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan disiplin, sahsiah diri serta komitmen tinggi dalam kalangan warga institut bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan berdaya saing. Beliau turut mengingatkan pelajar agar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan dan peluang pembelajaran yang disediakan. Majlis berakhir dengan sesi penyampaian anugerah 5 bintang penarafan tunggal pogram TVET 2025 oleh JPK dan penutup.

    Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.