Gotong Royong Pasca Banjir SK Paloh Hinai

    Gotong Royong Pasca Banjir SK Paloh Hinai

    Seramai 15 orang pelajar IKBN Pekan telah berganding bahu menjayakan Program Komuniti Gotong-royong Pasca Banjir yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan penuh semangat kerjasama dan keprihatinan.

    Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah kerja-kerja pembersihan bilik ICT serta bilik darjah prasekolah yang terjejas akibat banjir. Para pelajar bertungkus-lumus membersihkan peralatan, menyusun semula kelengkapan, serta memastikan ruang pembelajaran kembali selesa dan selamat untuk digunakan oleh murid-murid.

    Program ini bukan sahaja bertujuan membantu pihak sekolah yang terkesan, malah turut memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kepentingan semangat kesukarelawanan, tanggungjawab sosial dan nilai kemanusiaan. Semangat bekerjasama dan saling membantu jelas terpancar sepanjang program berlangsung.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat atas komitmen dan sumbangan tenaga yang diberikan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat bersama.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul


     

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.