Satu sesi Perjumpaan Bersama Pengarah IKBN Pekan Bil. 1/2026 anjuran Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan IKBN Pekan telah berlangsung pada hari ini, bertempat di Perpustakaan IKBN Pekan. Program ini telah melibatkan kehadiran semua pegawai IKBN Pekan sebagai salah satu usaha memperkukuh komunikasi dalaman dan penyampaian maklumat semasa organisasi.
Majlis dimulakan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Ketua Cawangan Hubungan Industri, Ts. Mohd Hakim bin Mohd Nasir, bagi menyemai semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan warga kerja.
Sesi diteruskan dengan perkongsian ilmu (Knowledge Sharing) oleh Ketua Cawangan Penyelarasan Kawalan Kualiti, Puan Raja Nurul Hidayah binti Raja Ismail.
Kemuncak program ialah penyampaian amanat oleh Pengarah IKBN Pekan, Ts. Mohd Anuar bin Said, yang menyentuh beberapa perkara penting antaranya:
Turut disampai Anugerah Khas Pekerja Terbaik Suku Keempat kepada Pegawai yang telah terpilih dalam memberikan perkhidmatan dan komitman yang baik.
Program seumpama ini akan terus dilaksanakan secara berkala demi membina pasukan kerja yang berdaya saing, berintegriti tinggi, serta seiring dengan usaha IKBN Pekan dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang beretika dan bersedia menghadapi cabaran industri moden.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
