Program Gotong-Royong Aktiviti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) IKBN Pekan telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada aktiviti Sisih, iaitu mengasingkan dan menyingkirkan barang serta peralatan yang tidak sepatutnya berada di zon. Program ini bertujuan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kemas, tersusun, selamat dan kondusif selaras dengan amalan EKSA.
Program ini melibatkan enam zon utama iaitu Zon Ruby, Zon Topas, Zon Garnet, Zon Emerald, Zon Sapphire dan Zon Crystal. Setiap zon menunjukkan komitmen yang tinggi melalui penglibatan aktif warga kerja dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong secara berpasukan.
Melalui aktiviti ini, penggunaan ruang dapat dioptimumkan, tahap keselamatan dipertingkatkan serta aliran kerja menjadi lebih efisien. Program ini juga berjaya memupuk semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam kalangan warga IKBN Pekan. Diharapkan budaya EKSA ini dapat diteruskan secara berterusan demi meningkatkan imej serta produktiviti organisasi.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
