Program Coaching & Mentoring Bidang Fabrikasi Vessel

    Program Coaching & Mentoring Bidang Fabrikasi Vessel

    Tarikh: 3 – 5 November 2025
    Tempat: Makmal Virtual Learning, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, Pahang

    Program Coaching & Mentoring Bidang Fabrikasi Vessel telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 November 2025 bertempat di Makmal Virtual Learning, IKBN Pekan. Program ini melibatkan penyertaan seramai lima orang pengajar bidang Fabrikasi Vessel daripada pelbagai institusi TVET.

    Sesi bimbingan dikendalikan oleh Ts. Muhammad Zulfahmi bin Aripin dari ADTEC (JTM) Cawangan Tangkak, yang merupakan pakar dalam bidang Manufacturing CAD dan Standard Code of Pressure Vessel. Program ini bertujuan memantapkan kecekapan tenaga pengajar dalam aplikasi kod standard tekanan (ASME Section VIII) dan reka bentuk vessel menggunakan perisian CAD industri.

    Antara pengisian utama program termasuk:
    i. Pengenalan dan aplikasi reka bentuk vessel bertekanan menggunakan perisian CAD;
    ii. Pemahaman tentang design calculation mengikut kod ASME;
    iii. Pembangunan kemahiran mentoring dan strategi pengajaran teknikal berasaskan industri;
    iv. Perkongsian pengalaman terkini dalam amalan fabrikasi vessel dan keperluan pematuhan standard antarabangsa.

    Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Ts. Mohd Hamdan bin Abdullah Hazam, yang menyampaikan Sijil Penyertaan kepada semua peserta sebagai pengiktirafan atas penyertaan dan komitmen mereka sepanjang program.

    Program ini turut mendapat maklum balas positif daripada para peserta yang menyatakan bahawa pendekatan hands-on coaching dan perkongsian pengalaman industri telah memberikan nilai tambah yang besar kepada pengajaran dan pembangunan kurikulum TVET.

    Penganjuran program seumpama ini dijangka terus menjadi platform berkesan untuk memperkukuh jaringan kolaborasi antara IKBN Pekan dan ADTEC Tangkak, selain menyokong agenda TVET Malaysia ke arah melahirkan tenaga pengajar dan pelajar berkemahiran tinggi bertaraf antarabangsa.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.