Dunia Robotik dan Drone di SK Paloh Hinai Pekan

    Dunia Robotik dan Drone di SK Paloh Hinai Pekan

    Rabu - IKBN Pekan sekali lagi dijemput khas untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam Program Dunia Robotik dan Drone bertempat di Dewan Warisan, Sekolah Rendah Paloh Hinai, Pekan.

    Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang dan telah disertai oleh seramai 143 orang murid Tahap 2. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan, pengetahuan serta pengalaman kepada murid-murid tentang teknologi Robotik dan Drone, selaras dengan perkembangan pesat dunia digital dan automasi masa kini.

    Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Paloh Hinai, Encik Iskandar bersama Guru Penolong Kanan. Turut hadir semasa majlis penutup ialah rakan strategik institut dari IKBN Pekan, iaitu Pengarah Ts. Mohd Anuar bin Said bersama Timbalan Pengarah Latihan Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam yang turut memberikan kata semangat kepada para peserta.

    Program ini telah dijayakan oleh wakil pengajar dari Jabatan Pesawat (Unit Drone) dan pegawai dari Jabatan Mekanikal (Unit Team Robotik) dengan bantuan enam orang pelajar IKBN Pekan yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang aktiviti dijalankan.

    Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk demonstrasi pengendalian drone, sesi penerangan asas robotik, dan pertandingan mini yang mencungkil kreativiti serta kemahiran murid.

    Semoga penganjuran program ini dapat menyemai minat dan inspirasi kepada generasi muda untuk terus meneroka bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada masa hadapan.

    Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


    #TeamKBS
    #KitaSemuaTeamMAS
    #MalaysiaMADANI
    #RancakkanMADANI
    #MADANIBekerja
    #TvetILKBS
    #ikbnpekan

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.