Program KafeTEEN@KBS Modul Pekerti 2026 Perkasa Sahsiah dan Kesejahteraan Diri Pelajar IKBN Pekan

    Program KafeTEEN@KBS Modul Pekerti 2026 Perkasa Sahsiah dan Kesejahteraan Diri Pelajar IKBN Pekan

    PEKAN – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan telah melaksanakan Program KafeTEEN@KBS Modul PEKERTI Tahun 2026 dengan kerjasama LPPKN Negeri Pahang bertempat di Bilik Nexus, Perpustakaan IKBN Pekan.

    Program melibatkan 50 orang pelajar dan lima orang urus setia, dengan pengisian berkaitan pembangunan kendiri, pengurusan emosi, hubungan sosial, kesihatan reproduktif serta kemahiran membuat keputusan secara bijak.
    Antara slot yang disampaikan ialah “Seksualiti, Nilai & Tanggungjawab”, “Menghindari Situasi Berisiko Tinggi”, “Tegas, Pasif & Agresif”, “Salam Si Pembawa Virus”, “Pilihanku” dan "Bahaya HIV” melalui kaedah ceramah serta aktiviti interaktif.

    Program ini turut menekankan kepentingan menjaga maruah dan harga diri, berkomunikasi secara asertif, mengelakkan situasi berisiko serta mengamalkan gaya hidup sihat.

    Secara keseluruhannya, program ini memberikan pendedahan menyeluruh kepada pelajar dalam aspek sahsiah, keselamatan diri, komunikasi, pembuatan keputusan dan pencegahan tingkah laku berisiko, sekali gus membantu membentuk pelajar yang lebih berpengetahuan, bertanggungjawab dan mempunyai nilai diri yang kukuh.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.