Perhimpunan Bulanan Bil. 7 Tahun 2026 Peringkat IKBN Pekan

    Perhimpunan Bulanan Bil. 7 Tahun 2026 Peringkat IKBN Pekan

     
    Perhimpunan Bulanan Bil. 7 Tahun 2026 peringkat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Perhimpunan kali ini dianjurkan oleh Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat (JPSP).

    Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah IKBN Pekan, Ts. Hj. Mohd Anuar bin Said, Timbalan Pengarah IKBN Pekan, Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam, serta Ketua Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat, En. Mohd Fathi Kamal bin Mohd Mabror.

    Antara pengisian yang telah berlangsung adalah:
    🔹 Laporan Kekuatan Pelajar dan Bacaan Ikrar Pelajar
    🔹 Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Pahang
    🔹 Bacaan Doa
    🔹 Persembahan kebudayaan oleh pelajar JPSP sempena Sambutan Bulan Kebangsaan
    🔹 Ucapan alu-aluan oleh Ketua Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat selaku wakil penganjur
    🔹 Ucapan Utama oleh Pengarah IKBN Pekan
    🔹 Gimik Pelancaran Bulan Kebangsaan bertemakan “Semarak Merdeka, Memperkasa TVET dan Membina Malaysia MADANI”
    🔹 Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan dan aktiviti yang telah dianjurkan

    Majlis kemudiannya diakhiri dengan aktiviti pemasangan bendera di perkarangan IKBN Pekan yang disempurnakan oleh Pengarah IKBN Pekan bersama barisan pegawai dan pelajar sebagai simbolik menyemarakkan semangat patriotisme serta kecintaan terhadap negara.
     
    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.