Sebagai rakan strategik dalam pembangunan modal insan komuniti setempat, IKBN Pekan telah dijemput menyampaikan slot Pengurusan Komunikasi Kepimpinan & Pengacaraan Majlis sempena Program Kem Badan Kepimpinan InSTAR 2025. Slot ini dikendalikan oleh tenaga pengajar IKBN Pekan, Nurkhalilah Atiqah Bt Mohamad Othman, yang berkongsi kemahiran komunikasi profesional, etika penyampaian serta protokol pengacaraan majlis rasmi.
Program kepimpinan ini dianjurkan oleh Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR), Pekan, melibatkan barisan Pengawas Sekolah, Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta Pengawas Pusat Sumber. Program bertujuan memperkukuh jati diri, kematangan dan kompetensi kepimpinan pelajar yang memegang peranan penting di sekolah.
Melalui sesi yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 10.30 pagi ini, para peserta diberikan pendedahan menyeluruh yang merangkumi:
- Teknik komunikasi kepimpinan yang jelas, beretika dan berpengaruh
- Pembinaan kredibiliti serta imej sebagai pemimpin pelajar
- Latihan praktikal pengacaraan majlis mengikut tatacara rasmi
Penyertaan IKBN Pekan dalam program ini menonjolkan komitmen berterusan institut untuk memanfaatkan kepakaran tenaga pengajar TVET dalam menyokong pembangunan generasi muda. Perkongsian kemahiran ini diharap dapat memperkukuh keyakinan serta keupayaan pelajar untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan di sekolah dan pada masa hadapan.
Thank you InSTAR for having us! https://www.facebook.com/share/r/1JDZ2hKXcx/
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
