Program *PEKERTI@INSTITUT DI ILKBS IKBN Pekan* telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, melibatkan seramai *54 orang pelajar semester 1* dari *jurusan Pesawat - Sheet Metal dan Pesawat - Komposit* IKBN Pekan.
Program ini merupakan *inisiatif strategik Kementerian Belia dan Sukan (KBS)* melalui *Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia*, dengan kerjasama *Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)* Negeri Pahang. Ia bertujuan meningkatkan *kesedaran terhadap isu-isu jenayah dan kesihatan reproduktif* dalam kalangan pelajar institut latihan kemahiran di bawah ILKBS.
Sepanjang program, pelajar telah diberi pendedahan berinformasi oleh beberapa pegawai berpengalaman iaitu *Ustaz Rahmat bin Ahmad Mashri*, Penolong Pegawai Hal Ehwal Pelajar serta *Encik Muhammad Amin bin Jaafar*, Pembantu Belia dan Sukan IKBN Pekan. Turut serta menyampaikan maklumat dari pihak LPPKN ialah *Encik Nurazizi bin Nasir* dan Encik Mohd Amirul Azwar bin Mohd Anuar.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh *Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam*, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Pekan.
Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan sebagai platform pendidikan dan pencegahan awal kepada pelajar ILKBS. Semoga semua pihak yang terlibat mendapat manfaat dan terus komited dalam membentuk generasi belia yang holistik.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
