
- C W Nor Fasnillah binti C W Muhamud
- IKBN Pekan
- Hits: 38
SESI PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA PENGAJAR IKBN PEKAN
Hari ini telah berlangsung Sesi Perjumpaan Pengarah bersama para Pengajar IKBN Pekan, satu platform penting bagi memperkukuhkan komunikasi dua hala serta menyelaraskan hala tuju institut ke arah kecemerlangan latihan kemahiran TVET.
Program dimulakan dengan taklimat oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) yang menyentuh aspek pematuhan piawaian latihan berasaskan Code of Practice for TVET Programme Accreditation in Malaysia (COPTPA).
Seterusnya, Cawangan Hubungan Industri (CHI) turut berkongsi perkembangan terkini berkaitan prosedur penting bagi pemantapan pengurusan latihan industri serta peluang penempatan pelajar, dan prestasi aktiviti promosi yang sedang diusahakan.
Menariknya, sesi ini turut diselitkan dengan perkongsian pengalaman daripada para pegawai yang telah menjalani Latihan Sangkutan Industri (LSI) pada tahun 2025, memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pengajar lain tentang kepentingan pendedahan industri demi meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran pelajar.
Taklimat daripada Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) pula dimulakan dengan Pencapaian vs Tempoh Berkhidmat para pengajar dan seterusnya memberi fokus kepada Kod Etika & Tatakelakuan Pengajar ILKBS 2025.
Kemuncak program adalah Amanat oleh Tuan Pengarah IKBN Pekan, yang memberikan motivasi kepada para pegawai serta menekankan komitmen tinggi dalam memacu kecemerlangan institut melalui budaya kerja berpasukan, integriti dan inovasi dalam pendidikan serta latihan teknikal.
Semoga sesi ini menjadi pencetus semangat baharu dalam usaha kita mendidik dan melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.