
- C W Nor Fasnillah binti C W Muhamud
- IKBN Pekan
- Hits: 29
PERTANDINGAN MEMASAK “Chef Malaysia” IKBN PEKAN
Pertandingan Memasak “Chef Malaysia” anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda (SRM) IKBN Pekan berlangsung meriah dengan penyertaan pelajar dan pegawai dari pelbagai jurusan.
Lebih 18 peserta menunjukkan bakat dalam cabaran menyediakan hidangan bertemakan Masakan Tradisional Melayu & Kreatif Fusion dalam masa 90 minit. Ternyata bukan calang-calang! Kumpulan Koisalai Warrior dari Jurusan Fabrikasi Vessel membuktikan kehebatan mereka di dapur apabila dinobatkan sebagai juara dengan hidangan yang berjaya menambat hati juri.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Pekan, Ts Mohd Anuar bin Said. Pertandingan ini menjadi bukti bahawa pelajar TVET bukan sahaja mahir dalam bidang teknikal, malah kreatif dan versatil dalam pelbagai bidang, termasuk kulinari!
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul