- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 11
Sesi Perkongsian & Lawatan Penanda Arasan Peserta Klinik Intervensi Malaysia TVET Rating 2026
Satu sesi Perkongsian dan Lawatan Penanda Arasan telah diadakan di IKBN Pekan bagi peserta Klinik Intervensi Malaysia TVET Rating 2026, dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Program bermula jam 9.00 pagi dan disertai oleh 50 peserta klinik, yang terdiri daripada wakil Pusat Bertauliah seluruh Malaysia.
Program dimulakan dengan sesi pengenalan dan perkongsian kejayaan IKBN Pekan, yang telah memperoleh 5 Bintang bagi kesemua 5 kursus yang ditawarkan. Sesi diteruskan dengan:
1.Ucapan aluan oleh Pengarah IKBN Pekan, Ts. Mohd Anuar bin Said,
2.Sesi pengenalan oleh Ketua Cawangan Hubungan Industri, Ts. Mohd Hakim bin Mohd Nasir,
3. Perkongsian pengalaman oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Ts. Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam.
Selepas itu, peserta dibawa melawat jabatan-jabatan di IKBN Pekan, termasuk:
Jabatan Pembaikan Struktur Pesawat yang merangkumi Bahagian Komposit dan Sheet Metal
Jabatan Mekanikal yang merangkumi Bahagian Pemasangan Paip Gas dan Vessel
Lawatan ini memberi peluang kepada peserta melihat amalan terbaik secara langsung, memperkukuhkan pengetahuan dan pengalaman TVET serta memupuk perkongsian ilmu antara pusat bertauliah.
T VET Pilihan UtamaTVET Pilihan Utama#ikbnpekan Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
