Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan IKBN Pekan (KESKIP) telah menganjurkan Majlis Lambaian Kasih 3.0 bertempat di Perpustakaan IKBN Pekan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan dua orang pegawai yang bakal bertukar ke institusi lain.
Majlis ini diadakan bagi meraikan Encik Ahmad Ameer bin Abdullah dan Puan Norazila binti Abdul Karim atas komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka di IKBN Pekan.
Turut berlangsung sesi ucapan penghargaan serta penyampaian cenderahati sebagai simbol kenangan dan tanda terima kasih daripada seluruh warga IKBN Pekan.
Semoga kedua-dua pegawai yang diraikan terus cemerlang dan sukses di tempat baharu. Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
