SINERGI INDUSTRI: Memperkasa TVET Aeroangkasa IKBN Pekan & CTRM

    SINERGI INDUSTRI: Memperkasa TVET Aeroangkasa IKBN Pekan & CTRM

    IKBN Pekan terus memperkukuh hubungan strategik yang telah lama terjalin bersama CTRM Aero Composites, Melaka melalui satu lawatan industri dan sesi perbincangan strategik hari ini.

    Delegasi seramai 25 orang pelajar semester akhir bersama 4 pegawai pengiring diketuai oleh En. Muhamad Fadzrin Mohamed selaku Ketua Bahagian Komposit telah disambut mesra oleh pihak pengurusan CTRM Aero Composites.

    Agenda Utama Pemerkasaan Industri:
    ✅ Latihan Realiti Industri: Sesi Factory Tour bagi mendedahkan pelajar kepada standard operasi sebenar pembuatan komponen komposit aeroangkasa bertaraf dunia.
    ✅ Mempererat Kerjasama Strategik: Diskusi bersama Ts. Taufik Nordin (CEO CTRM TL) bagi memantapkan lagi halatuju TVET dan meneroka ruang kolaborasi baharu yang lebih dinamik antara kedua-dua pihak.
    ✅ Kelestarian Bakat & Kerjaya: Perbincangan bersama En. Mahazir (Head of Human Capital & Administration ) serta En. Khairi Rahim (Training Dept) memfokuskan kepada program apprenticeship dan kursus jangka pendek bagi memastikan kemahiran pelajar sentiasa selari dengan evolusi teknologi industri.
    ✅ Sokongan Pembelajaran (P&P): Penghargaan buat CTRM atas sumbangan bahan latihan industri yang berterusan. Ini merupakan bukti komitmen CTRM dalam menyokong kualiti latihan praktikal di IKBN Pekan.

    Kerjasama yang erat dan matang ini adalah kunci utama dalam melahirkan graduan TVET yang kompeten bagi memacu sektor aeroangkasa negara ke tahap yang lebih tinggi.
    Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.