IKBN Pekan telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) 2025 bagi menilai prestasi tahunan organisasi dan kepatuhan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti.
Keputusan mesyuarat mencatatkan pencapaian membanggakan apabila semua objektif kualiti yang ditetapkan telah berjaya dicapai sepenuhnya.
Pihak pengurusan menzahirkan ucapan syabas kepada seluruh warga institut dan mengharapkan momentum ini bukan sahaja dikekalkan, malah dipertingkatkan lagi demi memperkasa kualiti latihan dan kecemerlangan graduan TVET di masa hadapan.
Pemakluman: Laman web rasmi IKBN Pekan kini boleh diakses secara rasmi melalui pautan berikut:
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
