- C W Nor Fasnillah
- IKBN Pekan
- Hits: 112
Taklimat Cara Menjawab NCR & OFI Bagi Audit Dalaman MS ISO 9001:2015
Satu Taklimat Cara Menjawab NCR & OFI bagi Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 IKBN Pekan Bil. 1/2025 telah diadakan bertempat di Makmal Virtual Learning IKBN Pekan bermula jam 2.30 petang.
Taklimat ini melibatkan pegawai bertanggungjawab dan bertujuan memberi pendedahan serta pemahaman yang jelas mengenai kaedah yang betul dalam menyediakan maklum balas serta melaksanakan tindakan pembetulan terhadap laporan NCR (Non-Conformance Report) dan OFI (Opportunity for Improvement) yang dikeluarkan susulan pelaksanaan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 IKBN Pekan Bil. 1/2025.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Juruaudit Dalaman, Puan Nurkhalilah Atiqah bt Mohamad Othman, dan turut disertai oleh pasukan juruaudit dalaman IKBN Pekan. Penglibatan ini membolehkan sesi penerangan yang lebih menyeluruh serta memberi peluang kepada peserta mendapatkan penjelasan terus berkaitan dapatan audit dan keperluan standard.
Diharapkan taklimat ini dapat meningkatkan tahap pematuhan, menyeragamkan kefahaman serta memperkukuh pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di IKBN Pekan melalui pendekatan penambahbaikan berterusan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
