Minggu Pelaksanaan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 IKBN Pekan Bil. 1/2025

    Minggu Pelaksanaan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 IKBN Pekan Bil. 1/2025

    IKBN Pekan telah melaksanakan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 Bil. 1/2025 yang berlangsung selama lima hari, iaitu pada 24 hingga 28 November 2025. Audit ini melibatkan pemeriksaan menyeluruh terhadap proses kerja, dokumentasi serta kepatuhan kepada standard Sistem Pengurusan Kualiti.

    Audit bertujuan memastikan setiap jabatan sentiasa mengekalkan tahap kualiti perkhidmatan yang tinggi serta meningkatkan kecekapan operasi selaras dengan keperluan ISO 9001:2015.

    Mesyuarat Penutup Audit telah diadakan pada 1 Disember 2025, dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Pekan, Ts. Mohd Anuar bin Said. Dalam mesyuarat ini, laporan keseluruhan audit dibentangkan berserta cadangan penambahbaikan untuk tindakan susulan.

    Pihak pengurusan merakamkan penghargaan kepada semua Ketua Jabatan, juruaudit dalaman dan warga kerja yang memberikan kerjasama penuh sepanjang audit dijalankan.

    IKBN Pekan terus komited dalam memastikan budaya kualiti dan penambahbaikan berterusan menjadi amalan utama organisasi.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.