Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan telah selesai menjalani sesi temuduga bagi calon pelajar baharu untuk Jurusan Diploma Teknologi Mekanikal (Fabrikasi Paip, Minyak & Gas) yang berlangsung dengan jayanya.
Seramai 16 orang calon hadir dalam sesi temuduga tersebut yang melibatkan penyertaan daripada IKBN Pekan, IKBN Wakaf Tapai dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Gong Badak, Terengganu.
Para calon wajib mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip) serta dinilai berdasarkan aspek sahsiah, minat serta pengetahuan asas teknikal yang berkaitan. Selain sesi temuduga, para calon turut diberikan taklimat ringkas berkaitan struktur terkini sistem pengajaran dan pembelajaran serta panduan yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan di IKBN Pekan.
Menurut En Muhammad Hamdan bin Abdullah Hazam, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan (TPPL) IKBN Pekan, penganjuran sesi temuduga ini bertujuan bagi memilih calon yang berkelayakan, berpotensi dan berdisiplin untuk mengikuti latihan dalam bidang yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran masa kini. IKBN Pekan juga komited dalam melahirkan tenaga kerja mahir selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekali gus membantu mengurangkan jurang kemahiran dalam industri.
Pihak IKBN Pekan merakamkan penghargaan kepada semua panel penemuduga, petugas dan calon yang telah memberikan kerjasama sepanjang sesi temuduga ini berlangsung.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
