Pelajar IKBN Pekan Penerima Inisiatif Makmur Pahang Kluster Atlet Makmur

    Pelajar IKBN Pekan Penerima Inisiatif Makmur Pahang Kluster Atlet Makmur

    Pelajar IKBN Pekan, Muhammad Fakhri Afiq bin Muhamad Faizal, jurusan Sijil Lanjutan Teknologi Mekanikal (Operasi Fabrikasi Paip) semester 3 telah diberi pengiktirafan di Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Atlet Makmur Tahun 2025. Beliau mewakili Negeri Pahang bagi acara Judo Bawah 73kg dan memenangi pingat gangsa di SUKMA Sarawak 2024.

    Majlis penyampaian insentif tersebut telah disempurnakan oleh YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang yang berlangsung di Swiss -Belhotel, Kuantan. Program ini bertujuan sebagai penghargaan terhadap sumbangan, pengorbanan serta kejayaan mereka dalam mengharumkan nama Negeri Pahang dan Malaysia dalam pelbagai disiplin sukan.

    Pihak IKBN Pekan merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan tersebut. Semoga ianya menjadi suntikan semangat untuk meningkatkan lagi pencapaian di SUKMA Selangor 2026 dan terus cemerlang di masa hadapan.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Pekan 
    Km 55, Jalan Kuantan - Segamat,
    26650 Pekan, 
    Pahang Darul Makmur.

    No. Tel  : 09-451 4888
    No. Fax : 09-451 4999
    Email    : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.