- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 10
AKTIVITI KOKURIKULUM KELAB TECHNO VENTURE MERIAH DENGAN PERMAINAN PICKLEBALL
IKBN Peretak, 8 Mei 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah mengadakan Aktiviti Kokurikulum Hari Jumaat melibatkan permainan pickleball di dewan serbaguna institut pada petang ini.
Aktiviti ini dianjurkan bagi menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga IKBN Peretak. Para peserta turut menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti berlangsung.
Program riadah seperti ini diharapkan dapat diteruskan secara berkala bagi melahirkan warga institut yang aktif, cergas dan seimbang dari segi fizikal serta mental.
