CERAMAH AGAMA BIL 16/2026 – SUNAT HAI‘AT DAN SUNAT AB’ADH

    CERAMAH AGAMA BIL 16/2026 – SUNAT HAI‘AT DAN SUNAT AB’ADH

     
    IKBN Peretak, 14 Mei 2026 (Khamis) - Program Kuliah Maghrib telah berlangsung dengan jayanya di Surau Nur Salam dengan penyampaian kuliah oleh Ustaz Zali bin Salih yang membawakan tajuk “Sunat Hai’at dan Sunat Ab’adh Dalam Solat”. Program ini mendapat sambutan yang baik daripada warga institut khususnya para pelajar dan kakitangan IKBN Peretak.

    Dalam kuliah tersebut, penceramah menjelaskan tentang perbezaan antara sunat hai’at dan sunat ab’adh dalam ibadah solat. Sunat hai’at diterangkan sebagai amalan sunat yang jika tertinggal tidak memerlukan sujud sahwi seperti membaca doa iftitah dan mengangkat tangan ketika takbir. Manakala sunat ab’adh pula ialah amalan sunat yang jika tertinggal digalakkan melakukan sujud sahwi seperti bacaan tahiyat awal dan selawat ke atas Nabi pada tahiyat awal.

    Selain itu, Ustaz Zali bin Salih turut menekankan kepentingan memahami setiap rukun dan sunat dalam solat agar ibadah yang dilaksanakan menjadi lebih sempurna dan khusyuk. Para hadirin juga diberi peluang untuk bertanyakan soalan berkaitan permasalahan dalam solat serta cara pelaksanaan sujud sahwi yang betul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.