- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 20
CLKN 515 KUALA LUMPUR TEROKA KERJASAMA TVET BERSAMA IKBN PERKASAKAN LATIHAN WIRA MUDA
IKBN Peretak, 2 April 2026 – Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) 515, Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan tapak ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak bagi membincangkan pelaksanaan Modul Eksplorasi TVET dalam Latihan Wira Muda Negara Siri 2/2026 di bawah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Inisiatif ini bertujuan membentuk jati diri belia yang kukuh di samping melengkapkan mereka dengan asas kemahiran vokasional yang selari dengan keperluan industri masa kini.
Melalui kolaborasi strategik ini, pihak CLKN 515 berhasrat memanfaatkan kepakaran tenaga pengajar IKBN Peretak dalam memberikan pendedahan awal berkaitan pendidikan dan laluan kerjaya TVET kepada peserta. Selain itu, lawatan ini turut melibatkan tinjauan fasiliti latihan serta bengkel kemahiran bagi memastikan kesesuaian infrastruktur dan peralatan amali yang akan digunakan sepanjang pelaksanaan program.
