- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 15
IKBN PERETAK RAIH TEMPAT KETIGA FUTSAL PADANG BELIA HULU SELANGOR 2026
25 April 2026 (Sabtu), YBK Serendah – Semangat kesukanan belia daerah ini terpancar hebat dalam Pertandingan Futsal Padang Belia Hulu Selangor 2026 yang berlangsung meriah di padang Asrama Kasih YBK Serendah, hari ini.
Kejohanan berprestij ini merupakan anjuran Kelab Belia Asrama Kasih Serendah (KEBASKASS) dengan kerjasama erat daripada Pejabat Belia Daerah Hulu Selangor. Penganjuran ini bertujuan untuk mencungkil bakat sukan di samping memperkukuh ukhuwah dalam kalangan belia tempatan.
Sebanyak 14 pasukan telah menyahut cabaran untuk merebut gelaran juara. Antara yang mencuri tumpuan adalah penyertaan daripada IKBN Peretak yang menghantar dua pasukan mantap, terdiri daripada gabungan pelajar dan pegawai institut berkenaan.
Setelah melalui siri perlawanan yang kompetitif sejak awal pagi Sabtu, pasukan futsal padang IKBN Peretak akhirnya berjaya membuktikan kebolehan mereka dengan merangkul tempat ketiga.
Penganjuran ini berakhir dengan jayanya, sekaligus membuktikan bahawa platform sukan seperti futsal padang mampu menjadi medium efektif dalam menyatukan komuniti belia di daerah Hulu Selangor.
