LAWATAN PENTAULIAHAN INDUK PERKUKUH KUALITI LATIHAN IKBN PERETAK

    LAWATAN PENTAULIAHAN INDUK PERKUKUH KUALITI LATIHAN IKBN PERETAK

     
    IKBN Peretak, 9 Februari 2026 — Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menerima Lawatan Pentauliahan Induk Program (COPTPA) bagi bidang Operasi Seni Kulinari (I561-005-3:2022). Lawatan ini bertujuan membuat pengesahan pentauliahan sebagai Induk Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) selaras dengan standard yang ditetapkan.

    Sesi penilaian telah dipengerusikan oleh wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Ts. Mohmad Zairi bin Ramly, bersama panel En. Jamaluddin bin Hassim dan En. Ridwan bin Omar. Kehadiran panel adalah bagi menilai tahap pematuhan institusi terhadap garis panduan serta keperluan pentauliahan yang berkuat kuasa.

    Lawatan ini turut melibatkan barisan pengurusan institut, Ketua Jabatan Teknologi Hospitaliti, Pegawai Pengesahan Dalaman (PPD), Pegawai Penilaian (PP) Penyediaan Makanan, Ketua Jabatan Pengajian Umum serta wakil daripada beberapa cawangan lain. Panel telah melaksanakan semakan dokumentasi dan pemeriksaan fasiliti latihan bagi memastikan program memenuhi keperluan NOSS serta prosedur JPK.

    Melalui lawatan ini, IKBN Peretak terus menzahirkan komitmen dalam menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti tinggi, relevan dengan industri dan berdaya saing. Pihak institut turut merakamkan penghargaan kepada JPK atas bimbingan serta kerjasama yang diberikan dalam memperkukuh sistem latihan TVET di IKBN Peretak.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.