- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 19
MEMPERKASA KUALITI PERKHIDMATAN MELALUI MAKLUM BALAS PELANGGAN
IKBN Peretak, 10 Julai 2026 - Seramai 266 orang pelajar IKBN Peretak telah menjayakan Kajian Kepuasan Pelanggan yang berlangsung di Dewan DAHA, IKBN Peretak.
Kajian ini dilaksanakan bagi menilai tahap kepuasan terhadap kemudahan institut serta kualiti penyampaian pengajaran sepanjang tempoh enam bulan pembelajaran bagi sesi 1.2026. Setiap maklum balas yang diberikan amat bernilai dalam usaha memastikan perkhidmatan dan pengalaman pembelajaran di IKBN Peretak terus dipertingkatkan.
Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar yang telah memberikan kerjasama dan berkongsi pandangan secara jujur.
Suara anda bukan sekadar maklum balas, tetapi pemacu kepada penambahbaikan dan kecemerlangan IKBN Peretak. 
