PERETAK VOICE BATTLE 2026: SUARA BERGEMA, BAKAT MENYINAR, KEYAKINAN TERSERLAH!

    PERETAK VOICE BATTLE 2026: SUARA BERGEMA, BAKAT MENYINAR, KEYAKINAN TERSERLAH!

     
    IKBN Peretak, 12 Jun 2026 (Jumaat) – Jabatan Pengajian Umum (JPU), IKBN Peretak telah berjaya menganjurkan Program Ekspresi Bakat: Pertandingan Peretak Voice Battle 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah di Auditorium IKBN Peretak. Program ini telah menghimpunkan seramai 91 orang pelajar mewakili tiga (3) jabatan dan enam (6) kumpulan pertandingan, sekali gus mencetuskan suasana penuh semangat, kreativiti dan persaingan sihat.

    Melalui persembahan koir yang bertenaga dan penuh penghayatan, para peserta berjaya menampilkan bakat luar biasa serta semangat kerjasama berpasukan yang membanggakan. Setiap kumpulan mempersembahkan nyanyian dengan gaya tersendiri, sekali gus menyerlahkan keyakinan diri, disiplin dan komitmen tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
    Pertandingan ini telah diadili oleh En. Mohammad Saufi Bin Mohd Zawawi dan En. Irwan Bin Hasmadi selaku juri jemputan yang berpengalaman. Selain persembahan koir, program turut diserikan dengan sesi penjurian dan ulasan persembahan, penyampaian cenderahati penghargaan kepada para juri, serta sesi bergambar kenangan sebagai simbol penghargaan dan memori indah sepanjang program berlangsung.

    Program ini bertujuan menyediakan ruang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri, membina keyakinan, serta meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti, kepimpinan dan semangat kerja berpasukan. Malah, penganjuran program seperti ini turut menyokong pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang positif, kreatif dan berdaya saing.

    🏆 Keputusan Pertandingan Peretak Voice Battle 2026

    🥇 Johan: Shine Bright Like a Diamond
    🥈 Naib Johan: One Voice Project
    🥉 Tempat Ketiga: Lumina Choir
    🏅 Tempat Keempat: The Vibes Piyemyem
    🏅 Tempat Kelima: The Wave
    🏅 Tempat Keenam: Siren of The 50's

    Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta dan pemenang yang telah mempamerkan komitmen, kreativiti serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga program seumpama ini terus menjadi platform terbaik dalam memperkasa bakat, membina keyakinan diri serta melahirkan pelajar IKBN Peretak yang lebih holistik, berdaya saing dan berpotensi tinggi pada masa hadapan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.