RTV CETUS KREATIVITI PEMBIKINAN LAPORAN TAHUNAN IKBN PERETAK 2026

    RTV CETUS KREATIVITI PEMBIKINAN LAPORAN TAHUNAN IKBN PERETAK 2026

     
    IKBN Peretak, 9 Oktober 2026 - Kelab Rakan Techno Venture (RTV) IKBN Peretak meneruskan aktiviti petang ini dengan penghasilan Laporan Tahunan IKBN Peretak 2026. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli tentang proses penerbitan laporan tahunan sebagai medium dokumentasi rasmi yang menghimpunkan pelbagai program, aktiviti dan pencapaian institusi sepanjang tahun.

    Sebagai panduan, ahli turut diberikan penerangan ringkas mengenai penerbitan laporan tahunan terdahulu bagi memahami kaedah penyusunan maklumat, pemilihan gambar serta persembahan kandungan yang menarik dan sistematik.

    Bagi melaksanakan tugasan ini, ahli dibahagikan kepada sembilan kumpulan yang masing-masing bertanggungjawab menghasilkan pelaporan bagi bulan Januari hingga September. Berpandukan berita serta aktiviti yang telah dipaparkan di Facebook rasmi IKBN Peretak, setiap kumpulan diberi kebebasan untuk mengolah kandungan mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan Canva sebagai platform penerbitan digital.

    Menariknya, aktiviti ini bukan sahaja mengasah kemahiran reka bentuk dan kreativiti digital, malah memupuk kerjasama berpasukan, kemahiran komunikasi serta keupayaan ahli mendokumentasikan maklumat secara kreatif dan tersusun.

    Semoga usaha ini menjadi langkah bermakna dalam menghasilkan Laporan Tahunan IKBN Peretak 2026 yang lebih menarik, informatif dan berimpak! 🚀💻

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.