- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 21
BENGKEL PENGUKUHAN KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING) KAKITANGAN INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) SERI ISKANDAR, PERAK
29 NOVEMBER 2025 (SABTU) – Bengkel Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team Building) Kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak telah diadakan di Bukit Merah Laketown Resort, Perak anjuran pihak pengurusan IKBN Seri Iskandar dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan IKBN Seri Iskandar melaui aktiviti kolaboratif, komunikasi efektif dan penyelesaian masalah. Ia juga bertujuan meningkatkan motivasi, hubungan interpersonal dan komitmen warga kerja terhadap visi serta misi institusi dan juga mengeratkan ukhwah sesama kakitangan IKBN Seri Iskandar,
Perak.
Objektif program:
1. Meningkatkan kerjasama dan kesepaduan pasukan.
2. Membina hubungan profesional yang positif.
3. Membina keyakinan dan jati diri bagi setiap kakitangan.
4. Memupuk sikap kepimpinan dan tanggungjawab bersama.
5. Saling bertolak ansur dan mewujudkan suasana harmoni dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.
Program ini disertai oleh 48 orang kakitangan IKBN Seri Iskandar dan penglibatan daripada semua skim jawatan. Antara pengisian program terdiri daripada 4 aktiviti indoor games di dalam Waterpark (kerjasama berpasukan) dan outdoor games (Mini Exo Challenge)-Running, Jungle Tracking, Obstacle Park dan Lake Crossing yang dianjurkan oleh pihak Bukit Merah Lake Town Resort.
Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada setiap pasukan Team Building dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tn. Farizul Arizal bin Abd Rahman bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, YM Raja Muadzam Syah bin Raja Mohd Noor dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Mohd Halifi bin Ab Hamid juga merangkap selaku Pengerusi KESKEB IKBNSIP.
#ikbnseriiskandar#ilkbs#tvet#malaysiamadani
