PROGRAM MYINSANIAH (MODUL JATI DIRI) TAHUN 2025

    PROGRAM MYINSANIAH (MODUL JATI DIRI) TAHUN 2025

    SUNGKAI, 30 NOVEMBER 2025 - Seramai 20 orang pelajar IKBN Seri Iskandar telah menyertai Program MyInsaniah (Modul Jati Diri) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah JAKIM. Program ini telah diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 28 hingga 30 November 2025 bertempat di Institut Latihan Felda Trolak, Sungkai, Perak.

    Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang program ini berlangsung bagi membangun belia yang memiliki daya kepimpinan Islam berteraskan prinsip ihsan dan Qawiyyul Amin serta meningkatkan penghayatan Islam kepada golongan belia agar taat dan istiqamah dalam menyempurnakan tuntutan Islam. 

    Program ini juga diharapkan dapat melahirkan belia sebagai modal insan yang berintegriti, berkualiti, berketrampilan, berdaya tahan dan memiliki jati diri yang kukuh melalui peningkatan kemahiran insaniah.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    # ProgramMYINSANIAH
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI 
    #MADANIBekerja
    #RancakkanMADANI 
    #ikbnseriiskandar
    #bhepikbnsip

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.