𝐈𝐊𝐁𝐍 π’π„π‘πˆ πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘ π‡π€πƒπˆπ‘ πŠπ„ ππ„ππ†πŠπ„π‹ π€πˆπŒ 𝐓𝐕𝐄𝐓 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ π€ππ€πŠ ππ„π‘π€πŠ (ππ€π’π€πŠ)

    𝐈𝐊𝐁𝐍 π’π„π‘πˆ πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘ π‡π€πƒπˆπ‘ πŠπ„ ππ„ππ†πŠπ„π‹ π€πˆπŒ 𝐓𝐕𝐄𝐓 ππ„π†π„π‘πˆ ππ„π‘π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ” 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π€π’ππˆπ‘π€π’πˆ π€ππ€πŠ ππ„π‘π€πŠ (ππ€π’π€πŠ)

    IPOH, 9 Februari 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menghadiri Bengkel AIM TVET Negeri Perak 2026 yang berlangsung hari ini di Hotel Travelodge Ipoh. Bengkel ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (TPHEP) IKBN Seri Iskandar bersama wakil-wakil institusi TVET lain di negeri Perak.

    Penganjuran bengkel ini bertujuan membincangkan hala tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat negeri bagi memastikan bidang ini terus kekal relevan dan berdaya saing seiring dengan cabang pendidikan yang lain.Β Antara dapatan utama perbincangan Bengkel AIM TVET Negeri Perak 2026 adalah penekanan terhadap usaha memastikan TVET kekal relevan, termasuk cadangan penubuhan Kelab AIM TVET di sekolah-sekolah sebagai medium pendedahan awal kepada pelajar mengenai laluan pendidikan dan kerjaya TVET. Selain itu, turut dibincangkan cadangan sekolah angkat kepada setiap institusi TVET bagi menyokong inisiatifΒ 
    penubuhan kelab tersebut.

    Bengkel ini turut menetapkan beberapa sasaran utama, antaranya meningkatkan kadar enrolmen pelajar TVET, memperkukuh kolaborasi antara sekolah dan sektor swasta, melahirkan graduan yang menepati keperluan pasaran kerja, serta membina rangkaian TVET yang menyeluruh dan mampan.Sebagai langkah pelaksanaan, bengkel ini turut menggariskan dua teras utama, iaitu pelaksanaan Jelajah AIM TVET dan penubuhan Kelab AIM TVET di peringkat sekolah-sekolah sebagai usaha berterusan memperkasa ekosistem TVET di negeri Perak.

    Penyertaan IKBN Seri Iskandar dalam bengkel ini mencerminkan komitmen institusi dalam menyokong agenda pembangunan TVET negeri serta memperkukuh peranan IKBN sebagai salah satu pemacu dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #BengkelAIMTVETPerak
    #ikbnseriiskandar
    #bhepikbnsip
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI
    #MADANIBekerja
    #RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.