𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐊𝐁𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓.

    𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐒𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐆𝐑𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐊𝐁𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓.

    Seri Iskandar, 6 Februari 2026- Mesyuarat Semakan dan Pengesahan Senarai Graduan ILKBS 2025 telah berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar dengan penglibatan wakil CPP, CHIKS dan CPKK.

    Mesyuarat ini memberi fokus kepada semakan senarai graduan IKBN Seri Iskandar yang menamatkan pengajian pada tahun 2025 dan layak bergraduasi pada tahun 2026, termasuk pengemaskinian data, pengesahan ejaan nama, nombor kad pengenalan serta status kelayakan graduasi.

    Perbincangan turut melibatkan senarai graduan yang memenuhi syarat serta penyelarasan maklumat bagi memastikan ketepatan data sebelum dimuktamadkan di peringkat ILKBS.Usaha ini mencerminkan komitmen IKBN Seri Iskandar dalam memastikan pengurusan data graduan dilaksanakan secara sistematik dan berintegriti.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #GraduanILKBS
    #ikbnseriiskandar
    #bhepikbnsip
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI
    #MADANIBekerja
    #RancakkanMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.