IKBN SERI ISKANDAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL BINCANG PROGRAM PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI 2026

    IKBN SERI ISKANDAR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN NASIONAL BINCANG PROGRAM PROJEK KAMPUNG ANGKAT MADANI 2026

    Seri Iskandar, 1 Julai 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, bagi membincangkan Program Projek Kampung Angkat Madani 2026.

    Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama IKBN Seri Iskandar itu telah disambut oleh Tuan Farizul Arizal bin Abd Rahman, Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama barisan pengurusan institut.Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan membincangkan perancangan Program Projek Kampung Angkat Madani 2026 anjuran Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Jabatan Perdana Menteri bersama Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, yang akan dilaksanakan di Kampung Lengkuas, Mukim Belanja, Daerah Perak Tengah.

    Dalam sesi perbincangan ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menjayakan pelaksanaan program ini. IKBN Seri Iskandar amat mengalu-alukan kunjungan hormat ini dan berharap kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh pada masa hadapan.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.
    #MajlisApresiasi
    #ikbnseriiskandar
    #TeamILKBS
    #TeamKBS
    #MalaysiaMADANI 
    See less

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.