- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 8
MAJLIS PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) MERIAHKAN PROGRAM JELAJAH TVET ILKBS 2026 ZON UTARA
SERI ISKANDAR, 27 Jun 2026 – Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung dengan jayanya sempena Majlis Perasmian Program Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Utara. Majlis ini telah disaksikan oleh YBrs. Tuan Mohd. Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah dan YBrs. Encik Mohd. Sukri bin Ismail, Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan. Majlis Pertukaran MoU ini melibatkan kerjasama strategik antara Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Utara dengan beberapa syarikat industri yang berpotensi
dalam memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.
Sebanyak lapan syarikat telah terlibat dalam pertukaran MoU bersama lima (5) ILKBS Zon Utara iaitu IKTBN Bukit Mertajam, IKBN Naka, IKBN Kuala Perlis, IKBN Jitra dan IKBN Seri Iskandar.Antara syarikat yang terlibat ialah Visco Technology Sdn. Bhd., HALAGEL (M) Sdn. Bhd., Desa Milenia Sdn. Bhd., Straits Orthopaedics (M) Sdn. Bhd., Silver Tech Network Resources, Trio-Tech Sdn. Bhd., Perlis Marine Sdn. Bhd. dan Noras Creative Enterprise.
Kerjasama yang dimeterai ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada pelajar dan graduan TVET dalam aspek latihan industri, penempatan pekerjaan, perkongsian kepakaran serta pembangunan kompetensi selaras dengan keperluan industri semasa.Majlis pertukaran MoU ini mencerminkan komitmen berterusan ILKBS dan rakan industri dalam memperkasakan agenda TVET negara serta melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan masa kini.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#jelajahtvet
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
See less
