IKBN SERI ISKANDAR TERIMA LAWATAN PEMERIKSAAN PENTAULIAHAN PENAMBAHAN PROGRAM SLaPB BERASASKAN COPTPA

    IKBN SERI ISKANDAR TERIMA LAWATAN PEMERIKSAAN PENTAULIAHAN PENAMBAHAN PROGRAM SLaPB BERASASKAN COPTPA

    SERI ISKANDAR, 24 OGOS 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah menerima lawatan pemeriksaan pentauliahan bagi Penambahan Program di bawah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) berasaskan Code of Practice for TVET Program Accreditation (COPTPA) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Penambahan program yang dinilai diselaraskan oleh Cawangan Penyelarasan & Kawalan Kualiti IKBN Seri Iskandar merangkumi dua (2) program utama iaitu: 

    1. Perkhidmatan Rangkaian Komputer [J619-003-3:2023]
    2. Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa [F432-005-3:2019]

    Sesi dimulakan dengan Mesyuarat Pembukaan yang dipengerusikan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama Panel Verifikasi JPK yang dilantik, iaitu En. Izudin bin Mohamed Sadini (Pengerusi) bersama ahli panel En. Chandraseegar A/L Krishnan, Pn. Fitri binti Ali Muhamad, Ts. Mohd Faizal bin Zainal, dan En. Mohd Yuzairie bin Mohd Zin. 

    Sepanjang lawatan ini, pihak panel verifikasi telah melaksana penyemakan dokumen pengurusan & kurikulum latihan, sesi pembentangan, penentusahan prasarana bengkel serta melihat secara dekat aktiviti latihan amali dan penilaian yang  dijalankan oleh para pelatih di bengkel Rangkaian Komputer serta bengkel Elektrik.

    Sesi penutup diakhiri dengan penyerahan maklum balas rumusan daripada panel verifikasi dan sesi fotografi kenangan. Pengurusan IKBN Seri Iskandar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada panel verifikasi JPK serta 
    seluruh warga kerja yang terlibat atas komitmen penuh dalam memastikan kualiti latihan TVET di institut ini sentiasa berada pada tahap terbaik demi melahirkan tenaga kerja kemahiran yang berdaya saing.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #COPTPA
    #ikbnseriiskandar
    #TeamKBS
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI 

     

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.