- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 24
PROGRAM EKSPRESI BAKAT: PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) SERI ISKANDAR PERAK
SERI ISKANDAR, 20 OGOS 2026 – Semarak seni Islamik meriah terasa apabila Program Ekspresi Bakat Pertandingan Nasyid Peringkat IKBN Seri Iskandar melabuhkan tirainya pada hari Khamis, 20 Ogos 2026. Pertandingan yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Dewan Dato’ Maharajalela IKBN Seri Iskandar telah menghimpunkan 8 kumpulan berbakat dengan kekuatan 48 peserta yang berentap penuh semangat.
Menampilkan persembahan vokal harmoni secara minus one, setiap kumpulan memukau penonton dengan kreativiti tersendiri dalam menyampaikan mesej dakwah yang berkesan. Persembahan para peserta telah dinilai oleh barisan hakim yang dijemput khas bagi program ini.
Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Encik Mohd Halifi bin Abdul Hamid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Seri Iskandar dan diharapkan agar program ini dapat memupuk semangat berani mencuba untuk menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#TeamKBS
#KitaSemuaTeamMAS
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#ILKBS
#TVETKBS
#ProfesionalTerunggul
#ikbnseriiskandar
