- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 2
IKBNSI SERTAI PROGRAM PROMOSI PENGAMBILAN PELAJAR TVET DI SMK ISKANDAR SHAH, PARIT, PERAK.
PARIT, 31 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah dijemput menyertai program promosi pengambilan pelajar TVET sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang berlangsung di SMK Iskandar Shah, Parit, Perak dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program tersebut melibatkan pelbagai agensi pendidikan awam dan swasta yang turut memberi pendedahan kepada para pelajarmengenai peluang melanjutkan pelajaran serta laluan kerjaya selepas SPM. Dalam penyertaan tersebut, IKBNSI telah mempromosikan dua program utama iaitu Program SLW 01: Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2) dan Program SKR 03: Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer) kepada para pelajar yang hadir.
Promosi ini memberi fokus kepada pengambilan pelajar dalam bidang kemahiran berimpak tinggi yang memenuhi keperluan industri semasa, khususnya dalam sektor elektrik dan teknologi maklumat.Penyertaan IKBNSI ini diharap dapat menarik minat lepasan SPM untuk menyertai bidang TVET serta membuat pilihan pendidikan yang lebih tepat dan berinformasi.
Usaha ini selaras dengan agenda pembangunan modal insan negara melalui pengukuhan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET).
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#LepasanSPM
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
