- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 49
IKBNSI GALAK LEPASAN SPM SERTAI BIDANG TVET MELALUI PROGRAM PROMOSI PENGAMBILAN
PARIT, 31 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah dijemput untuk menyertai program promosi pengambilan pelajar sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang berlangsung di SMK Sultan Muhammad Shah, Parit, Perak dari jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Program ini menghimpunkan pelbagai agensi pendidikan awam dan swasta yang turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pilihan pendidikan lanjutan serta peluang kerjaya selepas menamatkan SPM.Sepanjang program tersebut, IKBNSI telah mempromosikan dua program utama iaitu Program SLW 01: Sijil Teknologi Elektrik (Pendawaian Elektrik Satu Fasa – PW2) dan Program SKR 03: Sijil Lanjutan Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer).
Kedua-dua program ini diperkenalkan sebagai antara laluan TVET yang berpotensi tinggi dalam melahirkan tenaga kerja mahir bagi memenuhi keperluan industri semasa. Penyertaan IKBNSI dalam program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan lepasan SPM terhadap kepentingan pendidikan kemahiran serta membuka lebih banyak peluang masa depan dalam bidang TVET.
Usaha ini selaras dengan aspirasi negara dalam memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#LepasanSPM
#ikbnseriiskandar
#TeamKBS
#tvetmalaysia
#MalaysiaMADANI
