KEJAYAAN PASUKAN IKBN SERI ISKANDAR DALAM PERTANDINGAN INOVASI DIGITAL ANTARABANGSA

    KEJAYAAN PASUKAN IKBN SERI ISKANDAR DALAM PERTANDINGAN INOVASI DIGITAL ANTARABANGSA

    IKBN SERI ISKANDAR, 17 DISEMBER 2025 - IKBN Seri Iskandar telah mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila Pasukan Inovasi institut berjaya meraih Pingat Perak dalam pertandingan International Creativity, Learning, Gamification & Digital Innovation (iCLGDi) yang berlangsung secara virtual dari 10 September hingga 11 Oktober 2025.

    Pertandingan ini telah melibatkan penyertaan seramai 250 orang peserta daripada pelbagai institusi, sekali gus menjadi platform perkongsian idea serta inovasi dalam bidang kreativiti, pembelajaran, gamifikasi dan teknologi digital. Pasukan inovasi IKBN Seri Iskandar terdiri daripada empat orang pegawai, melibatkan dua pegawai dari Jabatan Pengajian Umum dan dua pegawai dari CPKK, yang diketuai oleh Dr Hjh Noraazian bt Osman. Ahli pasukan terdiri daripada Pn. Norzalina bt Hashim, Pn. Nur Ishah bt Ishak dan Pn. Atikah bt Ab Rahman.

    Inovasi yang dipertandingkan bertajuk MyDOKKJP (My Dokumen Kursus Jangka Pendek) merupakan sebuah sistem pengurusan fail digital berbentuk aplikasi yang dibangunkan bagi menyokong pengurusan dokumen kursus jangka pendek secara lebih teratur dan efisien. Penyertaan ini juga merupakan penyertaan kedua IKBN Seri Iskandar dalam pertandingan berprestij tersebut.Kejayaan ini mencerminkan keupayaan serta komitmen berterusan warga IKBN Seri Iskandar dalam memperkukuh budaya inovasi dan pendigitalan di peringkat institusi.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

     #iCLGDi2025#TeamILKBS#TeamKBS#tvetmalaysia#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja#RancakkanMADANI #ikbnseriiskandar

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.