- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 272
PERPUSTAKAAN IKBN SERI ISKANDAR RAIKAN PENCAPAIAN PELAJAR & WARGA SEMPENA KEMPEN MALAYSIA MEMBACA 2025
IKBN SERI ISKANDAR, 17 Disember 2025 - Perpustakaan IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan program bagi meraikan pencapaian pelajar dan warga kakitangan sempena Kempen Malaysia Membaca 2025 bertempat di Dewan Maharajalela, IKBN Seri Iskandar.Program ini bertujuan menggalakkan budaya membaca, kreativiti, serta mengiktiraf pencapaian pelajar dan kakitangan.
Antara pertandingan dan anugerah yang dianjurkan adalah Pertandingan Poster AI Merdeka, Pertandingan Cipta Nama, Cipta Legasi dan Cipta Identiti Jom Baca 2025, Anugerah Kelas Dedikasi dan Aktif Perpustakaan, serta Anugerah Kakitangan, Peminjam dan Pengguna Perpustakaan Paling Aktif 2025.
Pemenang Utama:
1) Pertandingan Poster AI Merdeka (20 peserta):
- Johan: Mohamad Faris Imran bin Mohd Yusni
- Naib Johan: Cik Siti Shahirah binti Anuar
- Ketiga: Ahmad Danish Amiruddin bin Mohd Azhani
2) Pertandingan Cipta Nama, Legasi & Identiti Jom Baca 2025:
- Johan: Dr Noraazian binti Osman
- Naib Johan: Mohamad Faiz Danial bin Mohamad Asri
3) Anugerah Perpustakaan 2025:
- Kelas Dedikasi: Kelas Elektrik SKM Semester 2
- Kelas Aktif: Kelas IE Semester 4
- Kakitangan Paling Aktif: Encik Mohd Shahrin bin Zakaria
- Peminjam Buku Paling Aktif: Muhammad Adib bin Adnan
- Pengguna Perpustakaan Teraktif: Harris Raj a/l Ramesh
Penyampaian sijil dan anugerah dilakukan sewaktu Majlis Perhimpunan Bulanan Disember 2025 anjuran Bahagian Pentadbiran & Kewangan IKBNSIP.Tahniah kepada semua pemenang! Semoga budaya membaca terus berkembang di IKBN Seri Iskandar pada tahun 2026.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KempenMalaysiaMembaca2025#PerpustakaanIKBNSI#tvetmalaysia#MalaysiaMADANI#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI#ikbnseriiskandar#bhepikbnsi
