- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 257
KEJOHANAN LIGA PING PONG PERSEORANGAN TERBUKA IKBN SERI ISKANDAR 2025
SERI ISKANDAR, 16 DISEMBER2025 - IKBN Seri Iskandar dengan bangganya mengumumkan penganjuran Kejohanan Liga Ping Pong Perseorangan Terbuka IKBN Seri Iskandar 2025, anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar. Pertandingan ini berlangsung dari 16 Disember 2025 hingga 22 Januari 2026 di IKBN Seri Iskandar, Perak.
Seramai 24 peserta akan bersaing bagi merebut gelaran juara dalam suasana persaingan yang sihat dan penuh semangat. Hadiah menarik menanti para pemenang.Jom saksikan kehebatan peserta-peserta kita dan sokong rakan-rakan anda. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi menarik di gelanggang IKBN Seri Iskandar.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KESKEBIKBNSI#TeamILKBS#TeamKBS#tvetmalaysia#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja#RancakkanMADANI #ikbnseriiskandar#bhepikbnsip
