PASUKAN INOVASI JABATAN PENGAJIAN UMUM RAIH PINGAT PERAK DI PROGRAM ANTARABANGSA iCLGDi 2025

    PASUKAN INOVASI JABATAN PENGAJIAN UMUM RAIH PINGAT PERAK DI PROGRAM ANTARABANGSA iCLGDi 2025

    IKBN SERI ISKANDAR, 17 DIDEMBER 2025 - Satu pencapaian membanggakan telah berjaya diraih oleh Pasukan Inovasi Jabatan Pengajian Umum apabila menyertai International Creativity,Learning, Gamification & Digital Innovation (iCLGDi) 2025 yang telah dilaksanakan secara virtual pada 10 September hingga 11 Oktober 2025.

    Program bertaraf antarabangsa ini telah menghimpunkan seramai 250 orang peserta dari pelbagai institusi dan latar belakang,dengan fokus kepada inovasi dalam pembelajaran, kreativiti, gamifikasi serta teknologi digital.Pasukan inovasi ini diketuaioleh Dr Hjh Noraazian bt Osman, dengan ahli pasukan terdiri daripada Pn. Norzalina bt Hashim, Cik Tan Pei Mei dan 
    En. Norrizan bin Wahit. Mereka telah mempertandingkan satu inovasi bertajuk S COP (Selfie, Cut Out Pro), iaitu projek inovasi terkini yang dibangunkan oleh Jabatan Pengajian Umum pada tahun ini.

    Hasil kreativiti dan komitmen pasukan telah membuahkan kejayaan apabila inovasi S COP berjaya meraih Pingat Perak, sekali gus mengharumkan nama jabatan dan institusi di peringkat antarabangsa.Pencapaian ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada budaya inovasi dan kreativiti dalam kalangan pengajar serta warga institusi, selaras dengan aspirasi memperkasa pembelajaran berteraskan inovasi dan teknologi digital.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggul

    #iCLGDi2025#TeamILKBS#TeamKBS#tvetmalaysia#MalaysiaMADANI #MADANIBekerja#RancakkanMADANI #ikbnseriiskandar#bhepikbnsip

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.