KUNJUNG HORMAT KE AKADEMI KTM (MyRA) BATU GAJAH PERAK

    KUNJUNG HORMAT KE AKADEMI KTM (MyRA) BATU GAJAH PERAK

    Batu Gajah, 5 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan kunjung hormat ke Akademi KTM (MyRA) Batu Gajah, Perak bagi memperkenalkan institut serta mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

    Rombongan diketuai oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar, Tuan Farizul Arizal bin Abd Rahman bersama enam orang pegawai dan telah disambut oleh Tuan Hj. Jamil bin Nan, yang Menanggung Tugas Pengurus Besar Akademi KTM (MyRA), Batu Gajah.

    Pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh hubungan institusi serta meneroka peluang kerjasama pada masa hadapan. Dalam sesi lawatan itu juga, rombongan IKBN Seri Iskandar berpeluang melihat dan mencuba kemudahan 'Driving Simulator' yang terdapat di akademi tersebut.

    Diharapkan lawatan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dalam memperkasa pelaksanaan 
    pendidikan TVET di IKBN Seri Iskandar.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Teruggul.

    #KunjungHormat
    #ikbnseriiskandar
    #TeamILKBS
    #tvetmalaysia
    #MalaysiaMADANI

    Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar,
    32600 Bota, Perak.

    Email Rasmi : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.