- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 175
PESERTA KURSUS PENDAWAIAN ELEKTRIK SATU FASA-PW2 (PART TIME) FOKUS JALANI LATIHAN AMALI PENGUJIAN ELEKTROD BUMI
SERI ISKANDAR, 8 Mac 2026 – Suasana di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar hari ini menyaksikan kesungguhan para peserta kursus jangka pendek, PW2 (Part-Time) yang sedang gigih menjalani latihan amali di lapangan.
Sesi hari ini merupakan kelas ke-8 bagi para peserta sejak tempoh latihan rasmi bermula pada 7 Februari 2026 yang lalu. Berdasarkan tinjauan aktiviti, para peserta sedang melakukan latihan praktikal pengujian elektrod bumi menggunakan peralatan digital khas di kawasan sekitar Bengkel Elektrik.
Perincian Kursus:
Tempoh Latihan: 7 Februari 2026 hingga 24 Julai 2026.
Status Semasa: Kelas Ke-8 (Sesi Amali Lapangan).
Matlamat: Melengkapkan jumlah keseluruhan 240 jam pembelajaran yang merangkumi modul teori dan amali.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
#KursusWireman
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
