- Mohd Zul Bin Badru
- IKBN Seri Iskandar
- Hits: 57
LAFAZ IKRAR BELIA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2026
Seri Iskandar, 15 Mei 2026 – Seramai 110 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar, Perak melafazkan Ikrar Belia Negara dengan penuh semangat sempena sambutan Hari Belia Negara 2026 “Menggerak Belia MADANI” bertempat di Dataran Padang Kawad IKBN Seri Iskandar.
Upacara bacaan ikrar yang berlangsung jam 8.00 pagi itu diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) saudara Muhammad Syauqi Rahimi bin Mohd Sidik, diikuti lafaz beramai-ramai oleh seluruh pelajar yang hadir. Turut hadir Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar Encik Mohd Halifi bin Ab Hamid.
Pihak institut berharap, melalui bacaan ikrar ini akan dapat mengukuhkan jati diri sebagai belia yang berilmu, berakhlak dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara. Selain itu juga, bacaan ikrar ini menjadi peringatan kepada golongan belia tentang tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara serta dapat memupuk nilai patriotisme dan jati diri dalam kalangan pelajar IKBN Seri Iskandar.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Teruggul.
#HariBeliaNegara2026
#ikbnseriiskandar
#TeamILKBS
#TeamKBS
#tvetmalaysia
